Saturday, December 17, 2011

Pantun Empat Kerat

Muhibbah dan perpaduan
(Pantun empat kerat)
oleh :Zailani Taslim

Petang hari pergi ke pekan,

Pulang membawa sebungkus laksa;

Hidup muhibah perlu amalkan,

Di negara Malaysia berbilang bangsa.


Cantik bergugus buah papaya,

Masak dipetik satu persatu;

Walaupun berlainan bangsa budaya,

Kerana muhibah hidup bersatu.


Air mengalir dalam terusan,

Mengairi sawah beratus relung;

Bekerjasama segala urusan,

Tanda bersatu bergotong-royong.


Tuan Puteri dan kayangan,

Senyuman manis seperti madu;

Bermacam keturunan bukan halangan,

Untuk membina bangsa yang padu.


Enak nian air kelapa,

Penawar sakit mujarab sekali;

Kebudayaan asal tidak dilupa,

Kebudayaan nasional mereka banggai.


(Antologi Gema Sepi Gadis Genius m/s 6)






No comments: