Tuesday, December 20, 2011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak murid. Cikgu Ajar Bahasa (CAB) ucapkan selamat datang ke blog puisi Melayu tingkatan 2. CAB berharap agar anak-anak murid mendapat ilmu berkaitan puisi Melayu di sini. Selamat belajar dan selamat maju jaya!!!

Monday, December 19, 2011

Latihan Sajak Hari Guru

Sila jawab soalan di bawah ini pada ruangan komen di bawah :


  1. Bincangkan tiga nilai yang boleh diambil dalam sajak Hari Guru.
  2. Senaraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Hari Guru dan berikan contoh yang sesuai.
  3. Pada pendapat anda, apakah yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa guru.


SAJAK HARI GURU

HARI GURU
(SAJAK)
OLEH : Selina S.F Lee

Rangkap 1


Hari ini

Adalah hari kita

Menjujung amanah

Sandaran harapan insan berjuta

Yang bernama ibu bapa

Memikul misi murni

Mengasuh mendidik

Tunas bangsa

Harapan nusa.


Rangkap 2


Hari ini

Adalah hari yang menuntut kita

Bertafakur

Apakah tiang azam

Masih tegak kukuh

Apakah perdu semangat

Tak tergoncang ribut

Ataukah langkah kita

Sudah pincang tertusuk

Duri-duri duga?


Rangkap 3


Hari ini

Ada bunga dikalungkan

Ada puji dilafazkan

Ada jasa dikenang

Ada salam dihulur

Tanda hormat

Pada insan yang bergelar GURU.


(Antologi Gema Sepi Gadis Genius m/s 22-23)




Latihan Pantun Muhibah dan Perpaduan

1. Apakah Persoalan yang diutarakan oleh penulis?

A Kepentingan mengamalkan semangat muhibbah dan perpaduan

B Tanggungjawab masyarakat untuk mencapai perpaduan

C Kepentingan bangsa yang bersatu padu

D Mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat.


2. Tema Pantun Empat Kerat(Muhibah dan Perpaduan) ialah...

A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

B masyarakat yang terdiri danpada pelbagai latar belakang.

C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.


3. Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu?

A Bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan

B Mengambil tahu akan hal bangsa lain

C Sentiasa mengamalkan semangat muhibah

D Bangga mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai keturunan.


4. Berdasarkan rangkap kelima sajak, apakah yang masih kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum?

A Budaya masyarakat Malaysia yang harmoni

B Kehidupan masa silam mereka

C Kenangan indah semasa bersama keluarga dahulu

D Keseluruhan cara hidup asal mereka


5. Huraikan dua persoalan yang wujud dalam Pantun Muhibah ini.


6.Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?



ISTILAH SASTERA


Tema :

Tema merupakan persoalan pokok yang diberikan penekanan oleh pengarang bagi mendasari sesebuah karya. Terdapat hanya satu tema sahaja dalam sesebuah karya.


Persoalan :

Persoalan ialah perkara-perkara yang mendasari dalam sesebuah karya berfungsi untuk memperkukuhkan tema atau pemikiran. Lazimnya persoalan boleh hadir lebih dari satu dalam sesebuah karya.


Gaya bahasa

Gaya bahasa merupakan cara pengarang menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesebuah karya.


gaya bahasa terbahagi kepada 3

  • Gaya bahasa perbandingan
  • Gaya bahasa penegasan
  • Gaya bahasa pertentangan

Gaya bahasa Perbandingan

  • Hiperbola : menyatakan sesuatu dalam cara yang sangat berlebih-lebihan daripada keadaan biasa.
  • Metafora : membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua perkataan, iiatu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrik.
  • Personafikasi : memberi sifat manusia kepada sesuatu objek atau konsep bukan hidup.
  • Simile : membandingkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa dengan benda lain bagi mewujudkan persamaan dengan menggunakan kata bak, bagai, ibarat, umpama, macam dan seperti.

Gaya bahasa penegasan

  • Repitasi
  • Anafora
  • Epifora
  • Inversi

Gaya bahasa pertentangan

  • Paradok


Unsur Bunyi

  • Rima : perulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau akhir puisi yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan kesenangan indera kepada pembaca.
  • Aliterasi : perulangan bunyi konsonan dalam baris yang sama
  • Asonansi : perulangan bunyi vokal dalam baris yang sama.


Nilai

Nilai merupakan perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca.

Pengajaran

Pengajaran ialah mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan dan pedoman.